fbpx

Lebih RM4,000 lesap, guna nombor KP sebagai kata laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berputih mata apabila dompet yang dipercayai ditinggalkan dalam raga motosikal dikebas individu tidak bertangungjawab, hari ini.

Nor Ahida Ishak menerusi hantaran di kumpulan Facebook Pantai Dalam Community berkata, dia langsung tidak menyedari kehilangan dompetnya sejak pagi tadi.

“Silap saya guna kata laluan guna nombor kad pengenalan. Saya minta tolonglah pulangkan dokumen penting yang terdapat dalam beg berkenaan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Nor Ahida ketika dihubungi Kosmo! berkata, terdapat beberapa transaksi pengeluaran lebih RM4,000 ketika dia berhasrat melakukan pemindahan wang ke dalam akaun bank miliknya petang ini.

“Kejadian pagi tadi tetapi saya baru sedar petang ini. Tengok baki cuma tinggal RM12. Bila semak akaun bank lain semuanya sudah ada rekod pengeluaran duit.

“Saya sudah telefon semua bank untuk sekat kad tersebut. Tetapi sudah terlambat. Sedih sungguh sebab susah hendak kumpul duit sebanyak itu.

“Kebanyakannya duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Saya harap sangat kad-kad dalam beg itu dikembalikan. Bukan senang hendak buat dokumen baharu pada masa sekarang,” ujar pekerja swasta yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Nor Ahida di talian 013-272 2048. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI