fbpx

KPDNHEP sasar RM200 juta potensi pelaburan pada FIM2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol berucap pada majlis prapelancaran FIM 2021 secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM200 juta menerusi perniagaan francais yang dapat dijana pada Pameran dan Persidangan Digital Franchise International Malaysia (FIM) 2021 atau FIM2021.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak kementerian turut menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang peserta, iaitu peningkatan sekali ganda berbanding penganjuran FIM tahun lalu.

Menurutnya, FIM2021 yang akan diadakan bermula 9 hingga 16 Oktober itu nanti merupakan edisi ke-28 dan penganjuran kali kedua secara dalam talian.

“Sebanyak 50 gerai telah ditempah oleh syarikat-syarikat francais dengan 10 daripadanya adalah jenama daripada Korea Selatan yang dibawa khas oleh Korea Agro Tourism,” katanya pada majlis prapelancaran FIM2021 secara maya hari ini.

Rosol berkata, FIM berjaya menghasilkan nilai potensi pelaburan dalam industri francais sebanyak RM3.75 bilion atau secara puratanya RM375 juta setiap tahun bagi tahun 2010 sehingga 2019 sekali gus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, bermula tahun 2020, FIM diubah format ke bentuk digital bagi menyesuaikan dengan keperluan norma baharu akibat pandemik Covid-19 dengan melibatkan penyertaan 57 syarikat francais daripada 11 negara termasuk Arab Saudi, Belanda, Korea, Itali dan Australia.

“FIM2020 berjaya menarik pengunjung maya seramai 7,900 orang dengan potensi pelaburan terhasil berjumlah RM120 juta,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI