fbpx

Chelsea kena denda RM142,691

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Chelsea tidak berpuas hati dengan keputusan Liverpool diberikan sepakan penalti sehingga menimbulkan kekecohan pada aksi EPL di Anfield bulan lalu. – ESPN

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England mendenda Chelsea sebanyak £25,000 (RM142,691) kerana gagal mengawal pemain-pemainnya ketika seri 1-1 de­ngan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada 28 Ogos lalu.

Ia susulan tindakan pemain kedua-dua pasukan ‘bergasak’ selepas pengadil, Anthony Taylor memberikan sepakan penalti kepada Liverpool selain melayangkan kad merah kepada bek kanan Chelsea, Reece James.

The Reds mendapat sepakan penalti selepas Taylor mendakwa James sengaja menggunakan tangan untuk menghalang percubaan daripada Liverpool.

“Chelsea didenda £25,000 atas kesalahan melanggar dua peraturan E20.1 ketika perlawanan EPL menentang Liverpool di Anfield pada 28 Ogos lalu.

“Mereka gagal mengawal pemain-pemain sehingga berlaku kekecohan yang menjejaskan perlawanan pada penghujung separuh masa pertama dan selepas wisel rehat dibunyikan,” kata FA England menerusi satu kenyataan.

Dalam aksi itu, The Blues terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Kai Havertz sebelum Mohamed Salah mengikat kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti ‘kontroversi’ tersebut.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel didakwa masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana menganggap Taylor mengambil masa kurang daripada lima saat untuk melihat semula rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI