fbpx

Amaran ribut petir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri pagi ini.

Kawasan terlibat adalah seluruh Perlis; Rompin, Pahang; Tawau, Sabah serta Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

Manakala di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Bagi Selangor pula ribut petir dan hujan lebat diramal berlalu di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Amaran sama dikeluarkan bagi Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI