fbpx

1.1 bilion dos vaksin Covid-19 diedar ke seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat beberapa isu pengeluaran melibatkan vaksin Johnson & Johnson yang menyebabkan kelewatan pengedaran. - Robin Utrecht/REX/Shutterstock

GENEVA, SWITZERLAND – Program perkongsian vaksin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Covax menjangkakan pertambahan sebanyak 1.1 bilion dos vaksin Covid-19 akan diedarkan ke seluruh dunia mulai sekarang sehingga hujung tahun ini, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Jangkaan kelmarin itu adalah 25 peratus lebih rendah berbanding sasaran yang diumumkan pada Julai lepas.

Setakat ini, sebanyak 330 juta dos vaksin telah dikeluarkan untuk dihantar ke negara-negara miskin menerusi program Covax, manakala 230 juta lagi diedarkan kepada negara-negara ahli.

“Kami menjangkakan pertambahan sebanyak 1.1 bilion dos vaksin akan diedarkan ke negara-negara di  seluruh dunia antara sekarang hingga hujung tahun ini.

“Dos-dos tersebut disasarkan kepada 92 buah negara berpendapatan rendah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gavi, Dr. Seth Berkley dalam satu sidang akhbar.

Gavi adalah salah satu daripada kumpulan yang membentuk organisasi Covax.

Pada Julai lepas, Covax menyasarkan jumlah keseluruhan sebanyak 1.8 bilion dos vaksin akan diedarkan pada  tahun ini.

Sementara itu, menurut laporan analisis terbaharu Covax, beberapa masalah seperti  peraturan eksport di India, isu berkaitan pembuatan di kilang vaksin AstraZeneca, kelewatan dalam kawal selia Novavax, penantian kelulusan bagi vaksin syarikat biofarmaseutikal China, Clover serta isu-isu pengeluaran melibatkan vaksin Johnson & Johnson menjadi punca pengurangan  tersebut.

“Masalah-masalah pengeluaran di kemudahan Emergent Johnson & Johnson (yang membekalkan vaksin kepada Covax) di Amerika Syarikat telah menyebabkan kelewatan.

“Meskipun pengeluaran kini telah dimulakan semula,  tunggakan pesanan untuk pelanggan  yang lain telah menyebabkan jadual pengedaran menjadi tertunda.

“Justeru, jumlah yang lebih rendah bakal tersedia untuk Covax pada tahun 2021,” kata laporan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI