fbpx

KKM cari tarikh terbaik sertai COVAX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) bersama agensi Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI) sedang mencari tarikh terbaik bagi membolehkan Malaysia menandatangani perjanjian untuk menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19 global atau dikenali COVAX.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut selaras dengan keputusan Kabinet pada 14 Oktober lalu yang telah bersetuju Malaysia menyertai COVAX yang bakal memberikan jaminan untuk mendapatkan vaksin kepada 10 peratus populasi rakyat Malaysia.

“Kabinet juga bersetuju KKM mewakili kerajaan Malaysia untuk memuktamadkan perjanjian penyertaan Malaysia Covax bersama GAVI manakala Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan untuk menyemak terma serta syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan GAVI.

“Selepas dibuat proses semakan, Jemaah Menteri telah memutuskan pada 13 November lalu agar Malaysia, melalui KKM memuktamadkan penyertaan dalam COVAX Facility dengan menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’.

“Buat masa ini, KKM dan pihak GAVI sedang memuktamadkan tarikh bagi menandatangani perjanjian ini,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sama ada Malaysia menyertai inisatif COVAX yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membolehkan 20 peratus daripada penduduk sesebuah negara menerima dos vaksin Covid-19 dengan vaksin dihantar sebaik sahaja tersedia dan juga membantu membina semula ekonomi. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI