fbpx

‘Saya, artis sama-sama menangguk di air yang keruh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ramai artis yang hubungi saya minta duit, cuma saya tak dedahkan siapa mereka”.

Itu pengakuan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila ditanya tentang dakwaan netizen kononnya dia menangguk di air yang keruh apabila sering berkolaborasi bersama artis yang ditimpa kesusahan atau kontroversi.

Menurut Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39 dia tidak kisah dengan kata-kata netizen yang menuduhnya ingin mengambil kesempatan terhadap artis-artis yang viral.

“Tiada istilah menangguk atau tidak menangguk di air yang keruh. Kalau bukan saya yang menangguk mungkin ada orang lain yang menangguk. Cuma saya yang terawal.

“Setiap kolaborasi kita bersama artis adalah atas persetujuan artis itu sendiri. Sebab itu kalau orang kata tentang menangguk di air yang keruh, dua-dua pun menangguk.

“Sebagai seorang usahawan, semestinya saya akan pilih orang yang sedang ‘famous’. Siapa yang tengah ‘in’ saya ambil. Cuma sekarang ini orang suka tengok artis yang baru lepas cerai, kena pukul, keluar penjara. Inilah realiti,” katanya kepada Kosmo Online.

Tambahnya lagi, selain menjual bakat, golongan selebriti juga menambah sumber pendapatan dengan melakukan ‘review’ produk dalam media sosial.

“Ini adalah salah satu sumber pendapatan mereka. Jadi kalian tak boleh kata saya nak menangguk di air yang keruh. Sebelum nak menangguk, kami dah bincang tentang ‘mas kahwin’,” jelasnya.

Sering diminta untuk membantu golongan marhaen yang dilanda kesusahan, kata Aliff dia ada membantu cuma tidak mendapat perhatian ramai.

“Mereka suruh saya membantu orang ramai, mereka perlu ingat saya ni bukan YB atau menteri. Saya siang malam berniaga sampai mata bengkak. Bila jual murah pun mereka minta harga murah lagi,” ujarnya

Biarpun dikutuk netizen, namun masih ada yang memuji tindakannya membantu selebriti yang dilanda kesempitan hidup. Dia bahkan menjadi individu paling terkedepan dan lebih pantas berbanding persatuan artis sendiri dalam soal menghulurkan bantuan segera kepada sesetengah selebriti yang dalam kesukaran.

“Saya sendiri merupakan ahli persatuan kerana saya juga penggiat seni. Sebenarnya bukan persatuan tidak membantu. Tetapi kadang-kadang mungkin kita tak perasan.

“Mungkin yang menghulurkan bantuan itu kurang popular. Saya pula dikenali ramai. Sebenarnya mereka membantu, cuma tidak diwar-warkan.

“Kalau orang tengok jumlah yang saya beri itu tinggi, sebenarnya itu bukanlah duit saya 100 peratus. Ini adalah duit daripada pusat zakat yang saya zakatkan menerusi perniagaan saya selain daripada duit orang ramai yang membeli produk saya,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Aliff baru sahaja melancarkan kempen Jualan Mega Terlajak Raya Aidiladha yang menawarkan hadiah bernilai RM300,000 termasuk wang tunai, pakej umrah dan pakej percutian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN