fbpx

AS berjaya sumbang 110 juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden berucap ketika sidang akhbar mengumumkan pemberian sumbangan vaksin kepada 65 negara di White House semalam. - Shawn Thew/United Press International

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan negara itu telah menyumbangkan lebih 110 juta dos vaksin Covid-19 kepada lebih 60 negara dalam usaha untuk memperlahankan penularan wabak tersebut di seluruh dunia, lapor laman berita United Press International semalam.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di White House, Biden berkata, vaksin-vaksin tersebut diberikan kepada 65 buah negara yang paling teruk dilanda Covid-19 secara percuma tanpa permintaan, syarat  atau paksaan.

“Langkah ini dibuat untuk menyelamatkan nyawa dan menamatkan pandemik ini. Itu sahaja,” katanya.

Tambah Biden, buat masa ini, AS mempunyai bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk diberikan kepada keseluruhan populasi negara itu.

Bagaimanapun menurutnya, program pemberian vaksin ke seluruh dunia itu adalah sebagai kepentingan nasional untuk memerangi virus Covid-19 secara global.

“Langkah ini adalah penting untuk melawan varian Delta yang bertanggungjawab terhadap lebih 80 peratus daripada jangkitan Covid-19 di AS.

“Sama seperti virus yang menyebabkan Covid-19, varian Delta berasal dari negara luar. Selagi virus ini terus menular di luar AS, terdapat lebih banyak varian berbahaya berpotensi untuk kembali mengancam negara ini,” ujarnya.

Menurut laporan saluran televisyen NBC News, sebelum ini, Biden menetapkan sasaran untuk menyumbangkan sebanyak 80 juta dos vaksin yang diluluskan AS termasuk 60 juta dos vaksin AstraZeneca.

Sementara itu, Biden turut menekankan bahawa peningkatan jumlah kes jangkitan varian Delta di negara itu buat masa ini adalah berlaku dalam kalangan negeri-negeri yang majoriti penduduknya tidak divaksin.

 “Apa yang membezakan peningkatan kes kali ini dengan sebelumnya adalah kita mempunyai kaedah (vaksin) untuk mencegah keadaan seperti penutupan perniagaan, sekolah dan menghalang aktiviti masyarakat seperti tahun lepas,” ujarnya.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kira-kira 165 juta penduduk AS kini telah menerima dua suntikan lengkap setakat ini dengan 70 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI