fbpx

[VIDEO]Tujuh kenderaan rosak dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori yang mengalami masalah brek hilang kawalan dan merempuh tujuh buah kenderaan dalam satu kejadian di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh hari ini.- Foto IHSAN PDRM

SUNGAI BULOH – Sebanyak tujuh buah kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan teruk setelah dirempuh oleh sebuah lori pasir tanpa muatan dalam satu kemalangan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu semua kenderaan tersebut berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat merah.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan itu gagal berhenti setelah mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu melanggar kesemua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah menghala ke Bandar Baru Sungai Buloh.

“Kejadian telah mengakibatkan kesemua tujuh kereta yang sedang berhenti itu mengalami kerosakan namun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafa’aton, kenderaan yang dirempuh terdiri daripada Honda Jazz, Perodua Myvi, trak Isuzu NRR35, Isuzu D-max, van jenis Daihatsu Gran Max, Perodua Axia, dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Setakat ini terdapat tiga orang pemilik kenderaan yang dirempuh masih belum membuat laporan dan siasatan berhubung kejadian masih diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI