fbpx

TMJ cadang tubuh jawatankuasa khas Covid-19 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL (tengah) berkenan menerima menghadap Dr. Adeeba (kanan) dan Dr. Dhesi (kanan) di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan satu ‘Special Task Force Covid-19’ ditubuhkan di negeri ini yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan dan pihak berkaitan.

Tunku Ismail berkata, jawatankuasa khas tersebut akan diketuai sendiri baginda bagi memantau dan menambah baik pengurusan pandemik Covid-19 di Johor.

“Penyertaan Jawatankuasa khas berkenaan turut melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), kerajaan negeri dan pakar-pakar profesional.

“Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Dr. Dhesi Baha Raja.

“Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar ditubuhkan jawatankuasa khas berkenaan,” ujar Tunku Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI