fbpx

Tiada bukti Zahid terlibat dalam pengubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada bukti Datuk Seri Ahmad Zahid Zahidi terlibat dengan 27 pertuduhan pengubahan haram kerana sumbangan yang diterima oleh Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid tidak menyalahi undang-undang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid ketika berhujah berkata semasa perbicaraan saksi-saksi perbankan tidak menerima laporan daripada pemegang amanah yayasan itu, Tetuan Lewis & Co. yang curiga dengan sumbangan yang dimasukkan ke dalam firma itu.

“selain tertuduh tidak mengetahui atau tidak mempunyai kaitan dengan pemilik cek. Urus niaga juga secara telus dalam akaun amanah Lewis & Co. dan saksi pendakwaan (SP)- 87 B.Muralidharan (peguam firma) turut mengesahkan bahawa sumbangan itu adalah untuk tujuan kebajikan dan keagamaan,” kata peguam tersebut.

Beliau berkata demikian ketika prosiding hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.

Berhujah mengenai Yayasan Akalbudi yang menerima sumbangan RM9 juta daripada Pengarah bukan eksekutif MyEG Services Mohd. Jimmy Wong Abdullah, peguam itu berkata Mohd. Jimmy mengesahkan bahawa akaun amanah Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan kebajikan.

“Mohd. Jimmy juga mengesahkan bahawa “akad” dilakukan untuk menandakan penerimaan sumbangan tersebut. Pendakwaan juga tidak mempunyai bukti kerana sumbangan Mohd. Jimmy bukan dari hasil haram kerana ia diberikan di bawah akaun peribadinya (Mohd. Jimmy) dan sama sekali tidak berkaitan dengan MyEG,” katanya.

Selain MyEG, yayasan itu juga menerima sumbangan daripada RM500,000 dari Yayasan Al-Bukhari dan RM10 juta dari Chia Bee Enterprise Sdn. Bhd. milik dermawan Wong Sang Woo

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi Isnin ini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI