fbpx

Suspek hayun sabit direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan lelaki tidak berbaju itu berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menghayun galah bersabit.

KAMPAR – Seorang lelaki yang tular kerana bertindak agresif sambil menghayun sabit dan parang di hadapan Balai Polis Gopeng semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 61 tahun itu bermula hari ini hingga Ahad depan.

“Suspek direman selama empat hari bermula 9 hingga 12 September ini,” katanya di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, lelaki yang mengamuk dengan memanjat bumbung kereta peronda polis itu berjaya ditahan setelah terjatuh di atas jalan akibat semburan air oleh bomba.

Ujian air kencing ke atas lelaki itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan heroin selain mempunyai 16 rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, rakaman video memaparkan lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jean itu dilihat berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah bersabit. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI