fbpx

Polis panggil Guan Eng siasat dakwaan langgar kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi siasatan lanjut berhubung dakwaan melanggar tempoh kuarantin kendiri selepas Ahli Parlimen Bagan itu selesai menjalani kuarantin esok.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan berhubung dakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu juga telah bermula.

“Sehingga kini, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat terhadapnya dan beliau akan dipanggil setelah selesai kuarantin esok.

“Setakat ini tiga keterangan daripada individu yang membuat laporan polis direkodkan, manakala kita akan ambil keterangan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) dan (pihak) Kementerian Kesihatan hari ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu didakwa melanggar tempoh kuarantin kendiri dengan menghadiri sidang DUN pada 2 September lalu, sedangkan beliau dilaporkan sepatutnya menjalani kuarantin bermula 1 September hingga 10 September.

Pemuda Gerakan negeri dan Pemuda MCA negeri tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu semalam.

Sementara itu, media semalam turut melaporkan perbicaraan kes Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan melibatkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang ditangguhkan kepada 22 September ini selepas diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI