fbpx

MOSTI sasar lahirkan 5 syarikat pemula terbesar tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham menunjukkan buku 10-10 MySTIE Framework pada sidang akhbar di kementeriannya MOSTI di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk melahirkan lima buah syarikat pemula (unicorn) teknologi terbesar tempatan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, MOSTI menerusi agensi modal teroka, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) akan membantu kementerian bagi mencapai sasaran itu.

Beliau berkata, sasaran itu akan dapat dicapai menerusi penerapan elemen Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE).

“MySTIE antara lain merangkumi elemen teknologi sensor, keselamatan siber, teknologi neuro, pembangunan bandar pintar, kesihatan dan agrikultur,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, elemen pendigitalan akan diberikan pengkhususan dalam membina syarikat unicorn berkenaan kerana elemen tersebut banyak membantu syarikat dan usahawan tempatan khususnya bagi membangunkan perniagaan masing-masing.

Adham turut memuji kejayaan diraih Platform e-dagang kereta bersepadu, Carsome yang berjaya muncul sebagai syarikat unicorn pertama di Malaysia bernilai lebih AS$1 bilion.

“Kejayaan diraih Carsome itu membuktikan kemampuan bakat Malaysia sekali gus membanggakan negara di persada dunia,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI