fbpx

Jangan sebab seorang dua ‘bimbo’, kerajaan tarik balik kelonggaran ‘shooting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD menyelar golongan anak seni yang antivaksin agar jangan sesuka hari membuat provokasi tentang vaksinasi di set penggambaran.

PETALING JAYA – Pengarah dan juga penerbit, Shahrulezad Mohameddin membidas golongan pelakon artau kru yang enggan menerima suntikan vaksin agar tidak membuat sebarang provokasi di set penggambaran.

Shahrulezad atau lebih mesra disapa Ijat berkata dia sebenarnya tidak isu dan enggan mempertikaikan keengganan sesetengah pihak yang tidak mahu divaksin selagi tindakan tersebut tidak diwartakan sebagai satu perkara wajib oleh pihak kerajaan,

“Selagi kerajaan tidak jatuhkan hukuman mandatori diwajibkan vaksin untuk semua rakyat, bergembiralah dengan kelonggaran ini. Saya tidak ada isu pun. Suka hati awak.

“Tapi tolong jangan buat provokasi di set penggambaran,” tegasnya.

Kata pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu, seseorang pelakon yang enggan divaksin tidak perlu terlalu bangga dan menyebarkan kepada golongan artis atau kru lain jika dia diambil untuk berlakon dalam sesebuah produksi dengan niat untuk mencetuskan provokasi kononnya tanpa vaksin, mereka masih diambil untuk berlakon.

“Untuk apa tujuan provokasi itu? Untuk menunjukkan kepada netizen bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas), stesen televisyen atau produser tidak tegas?

Hangat-hangat tahi ayam ketika melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan?” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Dalam pada itu, Ijat turut menasihati rakan produser, pengarah dan stesen televisyen supaya berhati-hati ketika berurusan dengan artis (antivaksin) yang disifatkan sebagai ‘pendek akal’ bagi mengelak sebarang masalah di kemudian hari.

“Nanti tidak fasal dengan kita diheret menerima kecaman sama atas tuduhan seolah-olah kita sengaja menutup mata.

“Paling seram hanya kerana seorang dua ‘bimbo’ (orang bodoh) yang degil ini, silap-silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk lakukan penggambaran,” katanya.

Pada masa sama, pemilik rumah produksi Radius One Sdn Bhd itu turut menggesa rakan-rakan kru atau artis untuk membuat laporan kepada pihak produser jika terdapat pihak yang cuba menipu tentang status vaksinasi mereka.

“Kalau produser pun dua kali lima setongkol, bersubahat sama, sila buat laporan pada pihak stesen televisyen atau Finas,” tegas Ijat.

Semalam, pelakon veteran Fauziah Nawi menyelar keangkuhan dan sikap tidak bertanggungjawab penggiat seni yang bangga meneruskan penggambaran walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan sikap dan tindakan penggiat seni yang sombong dan tetap meneruskan penggambaran walaupun belum divaksin.

“Alhamdulillah, kita dah boleh menjalankan penggambaran semula dan tetap mengikut SOP, yang sudah divaksin baru boleh kembali bekerja.

“Tetapi ada pula menunjukkan lagak sangat kan, kononnya walau tak vaksin, tetap boleh buat penggambaran dan jangan cemburu. Memang kita tahu ini rezeki Allah, tetapi boleh tak jangan cakap. Diam-diam sudahlah,” katanya.

Terdahulu, penggiat seni kreatif boleh menarik nafas lega selepas kerajaan memberi kelonggaran beroperasi kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan sektor industri kreatif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, kelonggaran yang diberikan kepada individu yang telah lengkap divaksin itu akan mula berkuat kuasa Khamis (9 September). – K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI