fbpx

Enam lokaliti diletakkan di bawah PKPD mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Enam lokaliti masing-masing lima di Sabah dan satu di Pahang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 hingga 24 September ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Rodzi berkata, lima lokaliti di Sabah termasuk Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau; Taman Sungai Labuk, Beluran; Sekolah Henry Gurney, Keningau dan Kampung Timug, Matunggong, Kudat.

Beliau berkata, satu lokaliti di Pahang pula adalah Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Selain itu, Rodzi berkata, MKN turut melanjutkan tempoh PKPD di tujuh lokaliti di Paka, Dungun, Terengganu selepas menilai risiko dan trend jangkitan di lokaliti berkenaan.

Menurutnya, tempoh PKPD di tujuh lokasi itu sepatutnya tamat esok namun, dilanjutkan bermula Sabtu ini hingga 24 September ini.

“Ia membabitkan lokaliti di Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI