fbpx

70.5 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 70.5 peratus atau 16,492,295 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 89.5 peratus atau lebih 20,943,582 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 320,452 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 31,247, diikuti Sabah (24,465), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20,754), Terengganu (17,914), Selangor (17,643) dan Pulau Pinang (15,137).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 37.43 juta. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI