fbpx

Mangsa gangguan seksual digesa lapor pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun

SEPANG – Mangsa gangguan seksual digesa terus membuat laporan kepada pihak berkuasa tanpa menunggu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual diluluskan di Parlimen.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, RUU tersebut perlu melalui pelbagai proses dan kini di peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara.

“Kita ada akta sedia ada kerana RUU ini adalah RUU baharu, bukan yang dipinda. Jika ada mangsa mendapat gangguan seksual, sudah pasti aduan boleh terus dibuat, bukan kena tunggu RUU ada (siap) dulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penyampaian Penerima Bantuan Prihatin Negara di sekitar Sungai Pelek di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) terhadap KPWKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggerakkan pembentangan RUU berkaitan jenayah gangguan seksual di Dewan Rakyat secepat mungkin.

KMUM dalam satu kenyataan, berkata kesatuan mengambil maklum bahawa Menteri KPWKM telah memaklumkan akan membentangkan Rang Undang-Undang berkenaan pada tahun 2020 tetapi sehingga kini masih tiada perkembangan mengenainya.

RUU berkaitan gangguan seksual sepatutnya siap pada Mac lepas sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, namun masih tertangguh berikutan penangguhan persidangan Parlimen berikutan faktor perundangan dan data pandemik Covid-19 ketika ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI