fbpx

KBS mohon sukan padang dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal Azumu.

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan telah menghantar cadangan supaya sukan padang dan gimnasium dibuka susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan industri kreatif beroperasi semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, pembukaan aktiviti sukan itu perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Katanya, kuasa untuk membuka semula sukan padang ada pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ia perlu disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat. Ramai yg hampir terhenti nafas. Tolonglah

“KBS telah cadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka. Kuasa ada pada MKN. Harap KKM sokong,” ciapnya di akaun Twitter miliknya hari ini.

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin boleh beraksi semula selepas kerajaan melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara mulai hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI