fbpx

Lelaki kutip derma dakwa 14 ahli keluarga mati dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 45 tahun (memakai baju lokap depan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Kakitangan kontrak sebuah syarikat swasta di Pengerang yang disyaki menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid-19 sehingga berjaya meraih sumbangan sebanyak RM91,000 di bawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini pagi ini untuk pertuduhan.

Suspek berumur 45 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.50 pagi diiringi kenderaan polis.

Suspek yang direman selama empat hari bermula Sabtu lalu dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebat juga boleh dikenakan denda.

Terdahulu, suspek yang ditahan ketika hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai Sabtu lalu selepas dipercayai ingin membuat laporan ‘covering’ bagi diri suspek tentang kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu berkenaan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 itu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak bulan Jun lalu.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI