fbpx

Tonton wayang, ‘busking’ antara aktiviti dibenarkan bermula Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri kreatif boleh menarik nafas lega selepas kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang dipersetujui dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, 2 September itu juga bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Beliau berkata, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, ‘indoor busking’ dan persembahan di ‘lounge’ hotel.

Menurutnya, aktiviti berkenaan turut melibatkan penonton yang telah lengkap menerima vaksinasi masing-masing.

Turut dibenarkan ialah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung serta penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.

“Selain itu ialah penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio serta aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

“Juga dibenarkan ialah aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni secara janji temu dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI