fbpx

Sembunyi ketum bawah timbunan daun balik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas daun ketum yang disembunyikan di sebalik timbunan daun balik angin di Wang Kelian pada semalam.

PADANG BESAR – Cubaan seorang lelaki menyembunyikan bungkusan plastik mengandungi 55 kilogram (kg) daun ketum di bawah timbunan daun balik angin sebelum diseludup ke Thailand berjaya dipatahkan pihak berkuasa di Wang Kelian, Kaki Bukit dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas memberitahu, suspek dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an ketika kejadian menunggang motosikal yang membawa troli roda dua dipenuhi daun balik angin kira-kira pukul 10 malam.

“Petugas sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Wang Kelian kemudian cuba menahan motosikal tersebut, namun suspek bertindak melepaskan troli berkenaan sebelum memecut ke arah kebun getah berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas troli yang ditinggalkan menemui bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 55 kg dianggarkan bernilai RM1,650 di sebalik timbunan daun balik angin tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, pihaknya pernah membuat rampasan melibatkan taktik sama sebelum ini dan percaya bekalan daun ketum tersebut diperoleh dari kawasan tempatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI