fbpx

Keluarga penagih terjejas teruk dalam pandemik dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK (kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di bandar Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Ketiadaan ketua keluarga yang dihantar ke pusat pemulihan dadah akibat terjebak dengan najis dadah membuatkan keluarga penagih dadah terbeban dalam berhadapan pandemik Covid-19.

Pengerusi Skuad Antidadah Temerloh, Abdul Razak Endut, berkata, sepanjang penglibatannya dalam mengagihkan bantuan ramai golongan isteri perlu berjuang bersendirian meneruskan hidup bersama anak-anak akibat suami berada di pusat pemulihan dadah.

“Mereka sebenarnya amat terbeban dan wajar sekali dibantu tambahan pula ketika pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada mereka untuk bekerja atau berniaga secara kecil-kecilan.

“Jadi hari ini kita turun lagi bagi mengagihkan sedikit bantuan bukan sekadar kepada asnaf tetapi keluarga yang ada terlibat dengan dadah,”katanya pada program skuad cakna 2.0 ziarah kasih anjuran Skuad Antidadah Temerloh di sini, hari ini.

Sempena program itu Skuad Antidadah Temerloh turut mengedarkan risalah berkaitan pencegahan dan penyalahgunaan dadah kepada keluarga terbabit dan penduduk setempat.

Sementara itu, Abdul Razak menyeru golongan muda supaya menjauhi dadah agar keharmonian keluarga terpelihara kerana najis dadah boleh memusnahkan kehidupan.

“Dengan slogan ‘Jauhi Dadah Dekati Kami’ kita harap lebih ramai dapat bersama dalam menggerakkan kempen seperti ini agar negara benar-benar merdeka daripada dadah,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI