fbpx

Dua beradik tiri gaduh dengan orang awam di PPV ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergaduhan antara dua suspek dengan orang awam di PPV UniSHAMS di Baling, pagi ini.

BALING – Dua lelaki yang juga adik beradik tiri ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan orang awam di kawasan letak kereta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil dekat sini hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu berlaku apabila kedua-dua suspek berusia 19 dan 27 tahun didakwa melakukan provokasi dengan orang awam yang hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Katanya, insiden itu berlaku apabila salah seorang suspek tidak berpuas hati selepas ditegur orang awam kerana tindakannya memandu kereta secara melulu serta melakukan aksi ‘drift’ di kawasan PPV.

“Kejadian tersebut telah menyebabkan berlakunya pergelutan antara dua suspek dengan orang awam yang mana salah seorang daripada mereka turut mengeluarkan besi golf dan melibasnya.

“Salah seorang suspek turut membuat ugutan jenayah kepada seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pergaduhan itu kemudian berjaya dileraikan anggota polis yang bertugas di PPV bersama orang awam lain.

“Suspek berusia 19 tahun yang merupakan penganggur ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum membuat rampasan besi golf di Kampung Ladang Kupang di kawasan letak kereta di situ.

“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Ladang Kupang di Kupang dan menahan seorang suspek berusia 27 tahun bekerja sebagai operator kilang sarung tangan serta merampas sebuah kereta jenis Proton Saga,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI