fbpx

[VIDEO] SPAN buru lelaki pijak meter paip sampai pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang memijak meter paip sehingga pecah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mengesan seorang lelaki yang sengaja merosakkan meter paip di hadapan sebuah kedai baru-baru ini.

Sebuah klip video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di laman Facebook SPAN memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita sedang berjalan di kaki lima kedai sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba memijak meter paip di hadapan sebuah kedai sehingga pecah.

Katanya, perbuatan vandalisme terhadap fasiliti bekalan air adalah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Jika sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan hukuman denda atau penjara melalui Seksyen 122 (1)(a) Akta 655 dan juga perlu menanggung sepenuhnya segala kos baik pulih kepada pihak operator air,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian seumpama itu diminta membuat laporan kepada operator bekalan air berdekatan atau menyalur maklumat kepada Unit Penguatkuasaan SPAN melalui aplikasi WhatsApp di nombor 013-388 5000 atau melalui e-mel di [email protected],” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI