fbpx

Pengikut ajaran PMYT digesa serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) ketika melawat Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan menggesa semua pengikut ajaran didakwa bertentangan dengan Islam iaitu Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang kini sedang diburu polis agar segera tampil menyerah diri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan, pihak polis kini sedang mencari pengikut ajaran itu selepas ketua ajaran itu yang digelar Sittah Annur ditahan semalam.

“Polis sudah mula menjalankan siasatan dan saya menasihatkan semua pengikut Sittah Annur supaya menyerah diri dengan segera. Berdasarkan siasatan awal, pengikut ajaran PMYT hanya melibatkan satu kelompok kecil.

“Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan menghantar wakil untuk membantu siasatan kes tersebut bersama pihak polis,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Menurut Ahmad Marzuk, Jakim kini sudah membentuk pasukan khas yang terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dalam aspek ajaran sesat dan segala keputusan mengenai dakwaan kesesatan ajaran PMYT akan diketahui selepas polis melengkapkan siasatan kes itu tidak lama lagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI