fbpx

Dasar pengambilan pelajar MRSM kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir menyerahkan sumbangan mesin hemodialisis kepada Hospital Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar memutuskan cadangan perubahan kepada dasar pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, dasar kemasukan pelajar ke MRSM dikekalkan dengan semua pelajar tanpa mengira aliran berhak mendapat peluang belajar di MRSM atas semangat Keluarga Malaysia.

“Saya hendak tegaskan bahawa dasar dan syarat kemasukan ke MRSM kita kembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk memohon.

“Kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta keperibadian pelajar,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad di Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan peletakan syarat baru kemasukan MRSM bagi tingkatan satu dan empat pada tahun depan yang terhad kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) disifatkan sebagai pra-matang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI