fbpx

Lukaku muncul nadi kemenangan Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU berjaya meledak dua gol dalam kemenangan besar ke atas Estonia awal pagi semalam. - AFP

TALLINN – Penyerang prolifik Belgium, Romelu Lukaku terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol dalam kemenangan bergaya 5-2 ke atas Estonia pada aksi kelayakan ­Piala Dunia 2022 di Le Coq Arena awal pagi semalam.

Kecemerlangan itu menyak­sikan Lukaku kini sudah meledak 66 gol buat negaranya dalam 99 penampilan antarabangsa sekali gus membolehkan Belgium menghuni tangga teratas Kumpulan E dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

Ketua jurulatih Belgium, Ro­berto Martinez memuji kebangkitan dipamerkan anak-anak buahnya selepas mereka dikejutkan dengan gol pertama Estonia seawal minit kedua melalui Mattias Kait.

“Estonia layak diberikan pu­jian terhadap gol pertama mereka kerana ia satu percubaan yang sangat menarik. Inilah sebenar­nya keunikan bola sepak.

“Saya lega kerana kami masih tenang dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk bangkit dalam perlawanan ini. Sudah tentu saya gembira kerana kami berjaya menghasilkan lima gol.

“Kemenangan ini adalah permulaan baik buat kami untuk mengharungi aksi antarabangsa dalam bulan September. Tidak semestinya status pasukan pilihan dapat menjamin kemenangan kepada anda,” katanya.

Tiga lagi gol Red Devils dalam aksi itu diperoleh menerusi Hans Vanaken, Axel Witsel dan Tho­mas Foket, manakala jaringan terakhir Estonia pula dijaringkan oleh Erik Sorga.

Seterusnya, Belgium akan menanti kunjungan pencabar terdekat di tempat kedua, Republik Czech di Brussels awal pagi Isnin ini sebelum berkunjung ke ge­langgang neutral di Rusia menentang Belarus pada 9 September. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI