fbpx

BTS sebenarnya janggal nyanyi lagu Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS.

KUMPULAN K-pop fenomena, BTS mendedahkan jika bukan disebabkan Covid-19, mereka akan kekal menyanyikan semua lagu dalam bahasa ibunda iatu bahasa Korea.

Dalam temu bual bersama Billboard baru-baru ini, BTS membuka cerita mengenai ketidakselesaan untuk menyanyikan lagu terbaharu, Butter sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Kami tiada alternatif. Menyanyi dalam bahasa Inggeris sebenarnya memang rasa janggal. Bahasa Inggeris yang saya belajar dalam kelas sangat berbeza dengan bahasa Inggeris dalam lagu,” ujar salah seorang anggotanya, Jin.

Ketua kumpulan BTS, RM pula mengakui, mereka amat mengutamakan lagu berbahasa Korea berbanding Inggeris walaupun bahasa asing tersebut menawarkan lebih banyak peluang.

“Jika kami menyanyi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, maka itu bukan BTS,” ujar RM.

Untuk rekod, BTS memulakan debut mereka pada 12 Jun 2013 dan dianggotai tujuh anggota iaitu RM, Jin, V, Jungkook, Jimin, Suga dan J-Hope.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI