fbpx

44,000 dos vaksin CanSino sampai Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 44,000 vaksin dos tunggal, CanSino diterima oleh negeri Sabah sehingga hari ini, sejak penghantarannya dibuat secara berperingkat bermula 28 Ogos lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, susulan itu proses pemberian vaksin mula dilakukan di Pulau Sebatik pada 29 dan 30 Ogos melibatkan 2,400 dos manakala di bahagian pedalaman Kinabantangan dengan 1,200 dos yang masih dilaksanakan.

“Pengagihan vaksin CanSino hari ini diteruskan ke Nabawan melibatkan 500 dos dan Pulau Mabul dengan 2,000 dos.

“Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul akan dijalankan selama dua hari iaitu 1,000 dos hari ini dan 1,000 dos lagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, penghantaran vaksin tersebut ke negeri itu melibatkan 180,000 dos dilakukan secara berperingkat bermula 28 Ogos hingga 6 September. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI