fbpx

KKM pertimbang dos penggalak bagi penerima vaksin Cansino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin beramah mesra bersama pelajar ketika hadir ke program PICK Remaja di SMK Presint 8 (1) Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin tunggal Cansino.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah menerima permohonan daripada Cansino berhubung dos penggalak itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memantau data klinikal dari negara lain berhubung penggunaan dos kedua bagi penerima vaksin Cansino.

“Sekiranya didapati mereka (negara luar) memberikan dos kedua selepas pemberian dos tunggal itu, kita akan mempertimbangkan.

“Berkemungkinan, penerima Cansino juga akan menerima dos penggalak selepas enam bulan diberikan pelalian berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Kick-Off Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan remaja (PICK Remaja) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah bagi perolehan bekalan Cansino memandangkan syarikat pembekal vaksin itu sudah mempunyai kilang pengeluarannya di negara ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI