fbpx

118 kes positif Covid-19 kategori 3 hingga 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Daripada 26,701 kes positif Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 118 kes (0.44 peratus) dikenal pasti merupakan kategori tiga, empat dan lima serta 26,583 kes (99.56 peratus) adalah kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif yang dilaporkan semalam turut menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 3,138,215 kes.

“Pecahan kes tersebut melibatkan kategori satu sebanyak 6,103 kes (22.86 peratus), kategori dua sebanyak 20,480 kes (76.70 peratus), kategori tiga sebanyak 77 kes (0.29 peratus), kategori empat sebanyak 19 kes (0.07 peratus) dan kategori lima ialah 22 kes (0.08 peratus).

“Daripada 118 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, 22 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 71 kes telah menerima dua dos vaksin, 25 kes telah menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, 53 kes lagi melibatkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 49 kes mempunyai comorbid, empat kes ibu mengandung dan 10 kes telah meninggal dunia, termasuk dua kes brought-in-dead (BID).

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 11,744 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah pulih daripada Covid-19 sebanyak 2,888,194 kes serta terdapat 19 kluster baharu selain 216 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 141 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI