fbpx

KM Tatau pindahkan 17 penduduk Pulau Tioman ke pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maritim lengkap dengan PPE membantu penduduk Pulau Tioman yang diarahkan menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Rompin di Rompin.

ROMPIN – Seramai 17 penduduk Pulau Tioman dipindahkan ke Pusat Kuarantin Kuala Rompin di sini selepas menjadi kotak rapat kepada pesakit Covid-19, semalam.

Proses pemindahan dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan bot KM Tatau bermula kira-kira pukul 12 tengah hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah APMM Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, pemindahan perubatan (Medevac) itu dilakukan dengan SOP yang ketat termasuk semua pegawai dan anggota lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) bagi mengelak sebarang risiko jangkitan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan arahan supaya 17 individu berkenaan menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Rompin.

“Susulan itu pihak kami dihubungi oleh Klinik Kesihatan Pulau Tioman bagi mendapatkan bantuan logistik memindahkan 17 individu berkenaan ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, di sini,” katanya dalam kenyataa di sini, hari ini.

Menurutnya, KM Tatau yang membawa 17 individu dikuarantin berkenaan mengambil masa tiga jam perjalanan untuk sampai ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading.

Ujarnya, sejurus sampai kapal dan anggota APMM yang bertugas disanitasi dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI