fbpx

Kitchen Saver jana hasil lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HARFIZA menunjukkan produk keluarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perubahan gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk menguruskan rutin harian telah memberi peluang kepada cabang perniagaan pemprosesan bahan kisar untuk masakan semakin popular.

Melihat kepada potensi tersebut, Kitchen Saver Sdn. Bhd. telah memulakan ope­rasinya sejak April tahun lalu dengan mengeluarkan bahan kisar untuk memasak seperti bawang, halia, kunyit, lengkus dan cili di bawah jenama Kit­chen Saver.

Pengarahnya, Nur Harfiza Hashim berkata, syarikat yang memiliki kilang pemprosesan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu kini menawarkan sembilan jenis produk yang berharga antara RM15 hingga RM18 sebotol.

Antara produk keluarannya adalah bawang putih kisar, bawang Holland kisar, bawang besar, kunyit, lengkuas, serai, cili padi, cili kering dan halia yang masing-masing siap di kisar

“Kami berjaya mencipta kelainan dan berinovatif untuk membantu masyarakat memasak dengan lebih mudah di dapur. Selain itu, kami juga mahu berkongsi rezeki dengan ibu tunggal atau usahawan baharu yang berminat untuk menambah pendapatan semasa pandemik ini,” katanya dalam kenyataan.

Nur Harfiza menerangkan, bagi mengekalkan jaminan kualiti produk dan berinisiatif meningkatkan keyakinan pe­langgan, proses pengelua­ran produknya telah mendapat ­khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Ini dapat dilihat apabila air mentah yang digunakan juga terpaksa dihantar terlebih dahulu kepada MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan,” ujarnya.

Selain itu, Kitchen Saver tidak memiliki pewarna, perisa dan pengawet.

“Jualan kini telah mencecah kepada 120,000 botol  dengan purata 3,000 botol seminggu, sehubungan itu, kami yakin jumlah tersebut akan bertambah pada masa depan,” jelas­ beliau.

Nur Harfiza memberitahu, perolehan tersebut dicapai melalui sokongan daripada ejennya yang kini telah bertambah kepada 200 orang di seluruh negara.

Potensi perniagaan tersebut telah membo­lehkan ejennya telah menjana pendapatan sehingga RM200,000 dalam tempoh enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI