fbpx

Angkasawan Perancis rakam foto Kuala Lumpur dari ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur yang dirakam seorang angkasawan Perancis dari Stesen Angkasa Antarabangsa baru-baru ini. - Foto Thomas Pesquet

PETALING JAYA – Seorang angkasawan Perancis bernama Thomas Pesquet berkongsi foto pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) baru-baru ini.

“Gambar kolaj bandar pertama saya pada waktu malam. Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar di Malaysia. Proses pemetaan foto pada waktu malam lebih sukar berbanding pada waktu siang.

“Kelajuan ‘shutter’ perlu lebih perlahan berikutan kadar pencahayaan yang rendah tetapi gambar harus diambil dalam urutan yang sangat pantas semasa menggerakkan kamera.

“Ia bahkan lebih sukar untuk menstabilkan pegangan kamera tanpa berat badan (kerana tiada graviti). Hasilnya selalu agak kurang jelas berbanding hari ini,” tulisnya.

Hantaran angkasawan berkenaan dimuat naik di laman Facebook France in Malaysia dan turut dikongsi media sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semalam.

“KL (Kuala Lumpur) anda begitu indah dari atas sana,” tulis pengendali laman Facebook tersebut.

ISS merupakan sebuah kapal angkasa besar yang berada di orbit rendah bumi pada ketinggian 408 kilometer dan ia mengelilingi bumi setiap 90 minit serta membuat 16 pusingan setiap hari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI