fbpx

Syaiful raih tempat kelima acara renang 50m gaya bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAIFUL akur menduduki tempat kelima dalam acara final 50m gaya bebas lelaki S5 di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

HASRAT atlet renang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk melakar kejutan pada acara final 50 meter (m) gaya bebas lelaki S5 tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di tempat kelima.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi, Syaiful melakukan catatan masa 32.82 saat (s) dan berjaya memperbaiki catatan masa 33.46s yang dilakukan pada peringkat saringan.

Walaupun tidak dapat menyumbangkan pingat, namun ia sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan kepada Syaiful selepas penyertaannya dalam acara 100m kuak dada SB4 dan 200m gaya bebas S5 sebelum ini dibatalkan gara-gara isu teknikal.

Sementara itu, China menguasai sepenuhnya podium apabila Zheng Tao memenangi emas dengan rekod Paralimpik 30.31s diikuti Yuan Weiyi di tempat kedua serta Wang Lichao dengan pingat gangsa.

Khamis lepas, Syaiful memperbaharui catatan peribadi dalam acara 100m gaya bebas selepas melakukan 1:15.12s, memadam rekod 1:15.39s yang dilakukan di United Kingdom pada 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI