fbpx

Krisdayanti hairan tengok ketagihan Aurel Hermansyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISDAYANTI dan anaknya Aurel.

DIVA tersohor Indonesia, Krisdayanti mengakui hairan dengan ‘ketagihan’ anaknya Aurel Herman yang kerap berbelanja secara dalam talian sejak berbadan dua.

Menurut penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia itu, dia diberitahu oleh menantunya, Atta Halilintar tentang tabiat Aurel apabila tidak henti-henti berbelanja secara online.

“Dia mengidam berbelanja secara dalam talian. Atta ada bercerita dengan saya tentang perangai isterinya. Mungkin perangai itu berpunca sebab sudah terlalu lama duduk di rumah,” kata Krisdayanti.

Bahkan, penyanyi berusia 46 tahun itu turut mendedahkan bahawa Aurel ada memintanya membeli makanan berupa kuih pastel dari Kota Batu, Malang kerana mengidam.

“Kebetulan saya memang ada kerja di sana (Kota Batu) dan diminta Aurel untuk membelikan kuih pastel,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI