fbpx
Aishah meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan serta kesembuhannya daripada Covid-19.

Ampunkan dosa-dosa saya – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatannya yang menunjukkan sedikit penurunan selepas dimasukkan ke hospital akibat positif Covid-19 kelmarin.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui mentalnya tidak kuat seperti sebelum ini.

“Ya Allah, mental tak kuat hari ini apabila melihat patient (pesakit) depan saya dibawa naik untuk diintubate (diintubasi).

“Pagi tadi paras oksigen dalam badan saya 98, mereka cuba nak buka tapi bila ke tandas dan balik ke katil terus turun ke 88.

“Terpaksa pakai alat pernafasan semula dan barulah naik ke 95. Ya Allah, teman-teman tolong doakan saya untuk tidak sampai diintubasi,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia mengakui takut dan masih banyak tanggungjawab kepada keluarga yang belum selesai dan perlu dilunaskan.

“Teman-teman tolong doakan saya. Saya tak nak sampai ke situ (diintubasi). Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menitipkan kata-kata semangat serta doa buat Aishah agar tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan Aishah sendiri bagaimanapun tidak berjaya kerana tiada sebarang respons terhadap panggilan telefon kepadanya.

Kelmarin, Aishah, 56, disahkan positif Covid-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.

Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. – K! ONLINE

POPULAR