fbpx

Semoga berjaya, menang, ‘merdeka’ daripada Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA selebriti termasuk Siti Nurhaliza, Che Ta, Ummi, Ayda dan Zahiril meluahkan erti kemerdekaan dalam Instagram masing-masing.

PETALING JAYA – Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 hari ini tetap dirai oleh seluruh warga Malaysia walaupun secara sederhana.

Golongan selebriti juga tidak terkecuali berkongsi ucapan dan doa bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan harapan agar negara yang telah bebas daripada penjajahan kuasa asing, akan turut ‘bebas’ daripada wabak Covid-19 yang melanda negara hari ini.

Antara yang menitikan ucapan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 adalah pelakon, Zahiril Adzim apabila berkongsi erti kemerdekaan dalam Instagram miliknya.

“Untuk aku, merdeka ialah apabila aku berjaya hidup di dunia tanpa dunia di dalam hidupku. Selamat Hari Kebangsaan,” ujar Zahiril.

Sementara itu, pelakon Ummi Nazeera turut berkongsi makna kemerdekaan apabila menggesa masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan yang sia-sia.

“Saya anak Malaysia. Merdeka! Alhamdulillah kita merdeka daripada penjajah. Semoga kita juga ‘merdeka’ daripada perkara-perkara sia-sia terutama sekali di era teknologi kini.

“Ramai yang buat dosa dengan memakin hamun, mengutuk, menyebar fitnah dan sebagainya dalam laman sosial. Semoga perbuatan ini tidak menjadi asbab kita gagal untuk melepasi titian sirat yang lebih halus daripada rambut. Maka nerakalah tempatnya. Sayang sungguh,” katanya.

Pelakon dan juga penyanyi, Ayda Jebat, dia pula merindui suasana sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun-tahun sebelum ini, tatkala negara masih bebas daripada wabak Covid-19.

“Anda semua rindu nak sambut merdeka di mana? Saya rindu nak menari untuk negeri Melaka. Sambut Hari Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Panas pun panaslah, janji dapat cuci mata tengok budak sekolah lain,” katanya berkongsi kenangan ketika masih bersekolah.

Bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia berharap sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-64 tahun ini terus menjadikan negara kekal makmur dan ‘menang’ menangani Covid-19.

“Selamat Hari Kemerdekaan ke-64 buat Malaysia dan kita semua sebagai warganya. Semoga Malaysia terus dalam keamanan, kemakmuran serta kita segera ‘menang’ menangani Covid-19. Merdeka!” kata Siti.

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta turut tidak ketinggalan memberikan ucapan kemerdekaan untuk negara tercinta.

“Merdeka! Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan buat semua rakyat Malaysia yang saya sayangi.

“Semoga kita semua ‘merdeka’ daripada dibelenggu Covid-19,” katanya yang turut meninggalkan tanda pagar. Semoga negara Malaysia kekal maju jaya serta gemilang dan terbilang bukan sehaja di mata kita semua tapi di mata dunia,” kata Che Ta yang turut meninggalkan tanda pagar, #Malaysiaprihatin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI