fbpx

Dua laluan tikus PKPD Mukim Paka ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghadang kontrik dipasang di laluan tikus di sempadan Paka dan Kerteh, Kemaman hari ini.

DUNGUN – Polis mengesan segelintir penduduk Paka yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) cuba meloloskan diri daripada kawalan polis menggunakan laluan tikus yang terdapat di sempadan mukim itu dan Kerteh, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, setakat ini dua laluan tikus berkenaan yang digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab berkenaan telah dikesan pihak polis.

“Kita percaya mereka menggunakan laluan tikus itu untuk mengelak daripada pemeriksaan polis di sekatan jalan raya (SJR).

“Sehubungan itu, kita dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bertindak menutup kedua-dua laluan tersebut dengan penghadang konkrit,” katanya ketika memantau pemasangan penghadang berkenaan di sini hari ini.

Baharudin berkata, pihak polis akan terus membuat pemantauan dan rondaan bagi memastikan tidak pencerobohan berlaku pada masa hadapan

PKPD Mukim Paka yang berkuatkuasa 1 sehingga 10 September ini melibatkan 23,739 penduduk dari tujuh lokaliti iaitu Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI