fbpx

Yulina sanggup sakit demi ‘cinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULINA meminati lelaki yang romantis dan kelakar.

Gadis ruangan Pesona Ahad pada minggu ini begitu mencintai dunia permotoran. Walaupun pernah mengalami kecederaan termasuk tulang muka retak akibat terjatuh motosikal semasa berlumba, Yulina Tan tidak pernah mengalah. Anak jati Petaling Jaya, Selangor ini mahu mencipta nama seperti idolanya, pelumba Sepanyol, Ana Carrasco yang menjadi wanita pertama memenangi Kejohanan Dunia Supersport 300 pada 2018.

Biarpun lasak, gadis kacukan Cina dan Jepun berusia 27 tahun tersebut suka bergaya yang di­terjemahkan menerusi gambar-gambar yang dikongsi di akaun Instagramnya buat tatapan kira-kira 125,000 pengikut di media sosial tersebut.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, Yulina yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Media Massa (Politik Dunia) Universiti Monash berkongsi serba sedikit mengenai dirinya terma­suk profesion lasak beliau.

Kosmo! Ahad: Bagaimana tercetus minat menyertai dunia permotoran?
Yulina: Minat dalam bidang permotoran timbul selepas saya menunggang motosikal di sebuah litar di USJ 1, Subang Jaya, Selangor pada waktu senggang sekiranya tidak mempunyai kuliah beberapa tahun lalu. Sejak dari itu, saya mula jatuh hati dengan motosikal berkuasa tinggi.

Pernah belajar secara formal sebagai pelumba?
Pernah, pada tahun 2018, saya mema­suki Yamaha Championship Ri­ding School di bawah kendalian pelumba Malaysia, Lee Ching Hooi.

Pencapaian terbaik yang dikecapi setakat ini?
Mendapat tempat pertama bagi kategori Rookie dalam kejohanan Melaka International Motorsports Circuit pada 2017 dan tempat kelima keseluruhan dalam Malaysian Superbikes Championship-Ducati Desmo Cup pada Oktober 2019.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Mengalami kecederaan retak tulang muka dalam satu kejohanan motosikal yang disertai pada 2018, namun saya berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut walaupun terpaksa menanggung kesakitan.

Kali terakhir menyertai perlumbaan motosikal?
Pada April lalu. Ketika itu pe­nganjuran pertanding­an lumba mo­tosikal ma­sih di­benarkan oleh kerajaan.

Adakah kerjaya anda terjejas disebabkan pelaksanaan sekatan penuh sejak Jun lalu?
Saya bekerja sebagai penjaga kuda di Taman Ekuestrian Putrajaya sejak April lalu. Di samping menjaga haiwan tersebut, pihak pengurusan turut membenarkan saya mempelajari selok-belok permainan polo kuda secara percuma.

Bagaimana anda menge­kal­kan kecantikan?
Saya elakkan memakan dan minum minuman manis. Sebolehnya saya minum air kosong, ambil buah-buahan dan sayur.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya mengimpikan jejaka yang bekerja keras, cergas, kelakar dan gentleman dalam meluahkan perasaan kepada saya.

Harapan terhadap pandemik Covid-19?
Saya melihat ke­rajaan berusaha sedaya-upaya memerangi penularan Co­vid-19. Sudah semestinya saya tidak mahu melihat lagi pergolakan politik yang pastinya me­ru­gikan semua pihak dan fokus pulihkan segera ekonomi negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI