fbpx

Kompaun RM150,000 kerana berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Keseronokan 22 individu berhibur menerima padah apabila dikenakan kompaun RM150,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan pada pukul 1 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita termasuk dua wanita warga China.

“Saringan mendapati 13 orang termasuk seorang wanita warga China positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan amphetamine.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua wanita warga China itu pula di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, 22 individu warga tempatan itu pula dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (No.3) 2021. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI