fbpx

Juruwang pasar raya maut dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba ketika mengeluarkan seorang wanita yang ditemui meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah pangsapuri di Taman Of Sisters, Port Dickson pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya dekat sini ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah di sebuah pangsapuri dekat Taman Of Sisters, di sini pukul 9.31 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada unit sumber manusia pasar raya berkenaan mengenai pekerja mereka yang tidak hadir ke tempat kerja pada pagi ini.

“Kami tiba di rumah tersebut dan mendapati mangsa terkunci di sebalik pintu bilik air dan pintu berjaya dibuka oleh pihak bomba. Kami mendapati ada seorang wanita tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk maklumat lanjut. Mangsa dapat dikeluarkan dalam masa dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Hairul Izam, pihak tidak menjumpai sebarang petanda sama ada mangsa terjatuh sebelum meninggal dunia.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI