fbpx

Bukan mudah untuk jadi Paskal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany memakaikan beret unggu kepada salah seorang penuntut pada majlis penutup Kursus Asas Paskal siri 70/21 di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan TLDM Lumut baru-baru ini.

LUMUT – Keperitan melalui latihan sukar dan ekstrem sehingga mencabar mental selama lima bulan ternyata berbaloi kepada 25 penuntut apabila berjaya menyarung beret berwarna unggu untuk bergelar komando Pasukan Khas Laut (Paskal).

Paskal yang merupakan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diakui antara unit komando terbaik dan disegani di negara ini.

TLDM dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua 25 orang generasi terbaru Paskal itu dianugerahkan beret tersebut pada majlis penutup Kursus Asas Paskal siri 70/21 di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan TLDM Lumut di sini Jumaat lalu.

Menurut kenyataan itu, kursus berkenaan dimulakan pada April lalu dengan penyertaan seorang pegawai dan 96 anggota sebelum hanya 25 orang anggota sahaja berjaya melepasi latihan hingga akhir.

“Penuntut kursus asas Paskal ini telah menjalani beberapa peringkat latihan seperti pemanasan, kem, hutan, paya, dan laut manakala peringkat yang paling mencabar adalah praktikal tawanan perang iaitu bagaimana sekiranya mereka tertangkap oleh musuh.

“Setiap penuntut perlu menyemat semangat juang dan keyakinan serta sikap profesionalisme yang tinggi bagi menghadapi setiap latihan mencabar agar dinilai benar-benar layak untuk bergelar anggota Paskal,” ujar kenyataan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI