fbpx

Tiga kampung di Pasir Mas kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiga perkampungan dalam Jajahan Pasir Mas di Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan kawasan di Mukim Pasir dan Mukim Gual Periok.

Ia meliputi Kampung Bayu Lalang dan sebahagian Kampung Banggol Kemian ekoran Kluster Komuniti Banggol Kemian daripada asal wanita tempatan berusia 51 tahun positif Covid-19 dengan pesakit indeks itu dikesan hasil saringan kontak rapat pada 27 Julai lalu sebelum kes berkenaan terus menular membabitkan seramai 14 lagi individu lain pula.

Satu lagi lokaliti melibatkan sebahagian Kampung Repek susulan Kluster Jalan Engku Muda daripada wanita tempatan berumur 64 tahun pada 14 Ogos sebelum menjangkiti 13 orang.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Saad berkata, baki dua lokaliti lagi yang turut dikenakan PKPD terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah membabitkan Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang.

“Dua lagi lokaliti di negeri berkenaan yang sepatutnya berakhir PKPD esok namun akan terus disambung dua minggu hingga 11 September melibatkan masing-masing di Kampung Brunei, Membakut, Daerah Beaufort, Bahagian Pedalaman dan Kampung Manggaris 2, Daerah Kota Marudu, Bahagian Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau, sejumlah 11 lokaliti di negeri tersebut ditamatkan PKPD serentak esok dengan Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu berakhir lebih awal daripada sepatutnya 4 September, manakala selebihnya tamat seperti dijadualkan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI