fbpx

60 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 33,044,202 dos diberikan kepada individu dewasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, daripada jumlah itu, seramai 18,948,648 individu telah menerima satu dos suntikan manakala 60.2 peratus atau 14,095,554 individu pula lengkap suntikan vaksin dos kedua.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 408,295 dos dengan 155,669 individu dewasa menerima dos pertama manakala 252,626 pula lengkap dos kedua semalam.

“Lebih daripada 60 peratus populasi dewasa Malaysia telah menerima suntikan lengkap, ini menunjukkan bahawa kadar peratusan pengambilan vaksin individu dewasa di negara semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI