fbpx

Pasar Besar Ipoh ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Besar Ipoh

IPOH – Operasi Pasar Besar Ipoh akan ditutup sementara esok bagi menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan tersebut adalah selama sehari sahaja bagi pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

“Penutupan tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan desinfeksi di kawasan pasar tersebut.

“Semua premis niaga di sini akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu keesokannya,” ujar kenyataan tersebut.

Pasar Besar Ipoh yang terletak di Jalan Laksamana dekat pusat bandar di sini menempatkan kira-kira 824 peniaga. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI