fbpx

Bukan Amir Hassan yang ‘tikam belakang’ Andi Bernadee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR HASSAn (kiri_ didakwa netizen sebagai individu atau kawan rapat yang menyelewengkan duit penyanyi Andi Bernadee.

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee, Warner Music Malaysia menafikan penglibatan, Amir Hassan dalam kes ‘songlap duit’ yang telah dilaporkan Andi semalam.

Menerusi satu kenyataan media yang dikirimkan kepada Kosmo! Online, Warner yang turut menaungi kerjaya seni Amir atau nama lengkapnya, Amir Abu Hassan, 25, menafikan penglibatan penyanyi itu dalam kes Andi sebagaimana ditularkan sebilangan netizen.

“Kami di Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee dan Amir Hasan ingin menyatakan bahawa Amir tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ‘songlap duit’ yang telah dilaporkan Andi Bernadee.

“Kes tuduhan terhadap Amir ini mula tular dalam TikTok apabila seorang pengguna media sosial telah menuduhnya sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi,” tulis kenyataan tersebut.

Warner turut memaklumkan, akaun Instagram Amir telah diserang netizen disebabkan tuduhan melulu tersebut.

“Akaun Instagram Amir telah diserang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh sebilangan netizen,” menurut Warner lagi.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 30, membuat satu laporan polis berhubung pecah amanah dilakukan seorang rakan baik yang menyebabkan kerugian RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi.

Menurut pelantun lagu Donde itu, laporan polis dibuat terhadap individu terbabit yang dikenalinya lebih dua tahun dan pernah bersama-sama mengerjakan umrah dengannya.

Dakwa Andi, perbuatan tersebut menyebabkan dirinya tidak tentu arah, terutama putus punca kewangan sehingga terpaksa menipu kepada orang tuanya mengatakan duit telah hilang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI