fbpx

7 lokaliti di Dungun kena PKPD akibat kes warga emas bergejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sejumlah tujuh lokaliti dalam Mukim Paka, Daerah Dungun di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serentak bermula Sabtu ni.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia akan berkuat kuasa selama tempoh dua minggu dari Sabtu ini sehingga 10 September depan.

Lokaliti terlibat ujarnya, ialah Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas yang membabitkan sejumlah lebih 10,000 penduduk.

PKPD di sini akibat Kluster Kampung Limbong daripada seorang penduduk tempatan bergejala yang berusia 55 tahun disahkan positif Covid-19 pada 16 Ogos dan menjangkiti 52 orang.

Turut dilaksanakan perintah PKPD ialah penempatan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Seletar di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah dalam Daerah Johor Bahru, Johor.

“Di Kelantan pula, tiga lokaliti dalam Daerah Tumpat yang meliputi Kampung Gerong, Mukim Sungai Pinang; Kampung Talak, Mukim Jal Besar dan Kampung Baru Nelayan, Mukim Tumpat,” katanya.

Di Sabah pula jelas Rodzi, PKPD akan melibatkan tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Daerah Kinabatangan.

Sementara itu, satu lokaliti di negeri tersebut yang sudah dikenakan PKPD dan sepatutnya bakal berakhir esok, namun disambung lagi 14 hari iaitu Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu.

Begitu juga satu lokaliti di Sarawak yang dijadualkan akan ditamatkan PKPD pada esok, tetapi perlu dilanjutkan lagi iaitu kawasan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn. Bhd. di Mukah. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI