fbpx

Tun Sakaran masuk ICU dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Sakaran

KOTA KINABALU – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai kini mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta sejak Rabu minggu lalu selepas disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Bagaimanapun, Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan stabil.

Anak ketiga Sakaran, Datuk Seri Nasir Sakaran ketika dihubungi mengesahkan berita terbabit.

“Ayah mula dimasukkan ke hospital sejak Rabu minggu lalu berikutan berasa kurang sihat beberapa hari sebelumnya termasuklah mengalami batuk berpanjangan.

“Kami terus membawa beliau mendapatkan rawatan namun selepas menjalani ujian saringan covid-19, ayah disahkan positif.

“Ekoran bimbang keadaan kesihatan ayah berikutan sudah memasuki usia 91 tahun, kami meminta beliau terus dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Nasir memaklumkan ketika mula dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan baik dan stabil tetapi mula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak semalam selepas dinasihatkan doktor untuk pemantauan rapi.

“Alhamdulillah, sebentar tadi juga saya baru sahaja membuat panggilan video bersama beliau dah ayah memaklumkan kini berada keadaan baik.

“Beliau turut meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan kesihatannya agar bertambah lebih baik,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI